Nuffnang



Thursday, September 23, 2010

Budak behind Ringtone Famous "The Cuppycake Song"

Kagum tak aku jumpe mendalah nih? Kagum tak????

Aku semalam dok usha video kartun Bambi kat YouTube (ops kantoi tengok kartun cumil kanak-kank Ribena :p) tetibe nampak video nih kat sidebar. Aku (and ramai lagi) penah pakai ringtone cuppycake yang "schnookums schnookums york, the apple of my eye!" nih.

Aku dulu ingatkan lagu dari kartun Strawberry Shortcake, rupenye budak nih yang wat!





Based on the video info, lagu nih dirakam taun 1994, tapi diupload ke internet taun 1996. Budak nih skarang dah 20 taun okeyh.

Tapi lagu zaman kanak-kanak ribena die maintain feymes di henpon-henpon seluruh dunia! *tepuk tangan*



P/S: Ye, aku still tengah cube sesuaikan diri di tempat kijo. :p

Photobucket

Tuesday, September 21, 2010

Cari Cepat!!!

Ayah aku ketuk pintu aku bagai nak roboh pepagi bute sebab jakun nak suroh aku pegi bilik laundry tengok nih:



NAMPAK TAK NAMPAK TAK NAMPAK TAKKKKKKKK~

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



OHAI THAMBY.



Gilak ah, ayah aku kata die siket lagi nak on machine nak stat basuh bile tetibe nampak sepasang mata kat celah baju. Siot, macam movie seram. 8D


Photobucket

Monday, September 20, 2010

Argh! Blog Berhabuk, POOF POOFFFF~

Argh, malu dengan keupayaan diri sendiri sebab lambat update. Konon nak cemerlang memblog sekurang-kurangnya satu post sehari tapi ternyata fail fail fail. OTZ

Walau pape pon, Raya taun nih sangat meriah, sangat bizi, sangat BEST BADABOOM BEST!

Open house, ziarah menziarahi sedara mara, konvoi raya dengan geng Ribena ku, makan makan, duit raya (walaupun tak sebanyak yang ku dapat 10 taun lepas, aku bersyukurrrr XD) dan, erm, makan makannnnn lagi. :p

Geram nye nak upload gambar raya yang lain, tapi skarang kene settle satu bende dulu, settle down kat TEMPAT KIJO. :D



Yaaaaaa, di kala orang lain cuti raya sakan, aku raya ke-6 melapor diri untuk bertugas! *salut cepat*

So skarang merasa lah aku ape yang working bloggers rasa, BEKERJA. Erm, dan berblog. Skaligus. Hampe nye ayat, sile ketepikan cepat. (=__=)

Argh, punyela sebok beraya and masuk keje, lupe nak pi beraya rumah Kak Zieeeee. Sedih sedih sedih. Ntah ade lagi ke tak kuih raya kat rumah die. HUUU.

So konklusi nye skarang, harapan daku ialah mampu maintain berblog seperti zaman aku menganggur dulu, haha. InsyaAllah.

Aku tinggalkan korang gambar klasik Si Thamby menanti chenta di pinggir pintoo~


*insert efek lagu P. Ramlee "Getaran Jiwa"*


Photobucket

Friday, September 10, 2010

Hari Raya Aidilfitri 2010

Cepat gile Ramadhan berlalu, tetibe rasa rindu plak bulan pose, prasaan mensyukuri ape yang ade bile berbuke, perasaan ape-ape amalan yang kite lakukan, pahala berganda, wah nikmat!



Hari Raya dimulakan dengan berkumpul ramai-ramai kat rumah atok aku yang hensem. Gambar tarak ade, sebab pakai kamera Sakiko-chan. Also sebab aku lupe caj henpon, so gambar yang aku ambik pon limited edition je, ngahahahahaha.

Sakiko-chan disambut baik woh. Ramai kazen mazen yang curious dengan die. Tapi yang paling aku kenan is soklan nape die pakai tudung wmusilm! Ya Allah, memang cumil giler weih die pakai tudung, cumil sangat-sangat! Macam mualaf! :D



Oh and jangan tak tau, seronok die makan makanan raya rumah nenek aku, 2,3 kali tambah. Kazen aku sorang kagum dok sebut, "Wa, kawan ko tu makan banyak jugak weih!" Yes, orang yang mungkin takde peluang nak merasa bende gini lagi, memang lah akan ambik semue kesempatan yang ada, bukan???

Oh, siap ade seprais lagi! Usu aku yang kunun nye tak balik beraya kat Kuching, tetibe dah muncul depan mata time smayang Jemat! Seronok nenek aku leh jumpe cucu yang baru je 5 bulan tuh! Aina Humaira cumil pipi labuh gaban! Kancing baju kurung tak nampak, sebab pipi labuh sangat!!!! :D



Pastu kitorang gi ziarah rumah-rumah sedara area yang sama and rumah kawan mak aku yang tak jauh dari situ, Kak Azlin.

Ah, kek lapis coklet Cadbury die sedap gaban weih! Aku muke tak malu makan 4 bijik. Tapi aku makan kek tu je tau kat rumah tu okey! Yang lain aku rasa biase je, so aku fokus kek satu tu je. Sodap gaban! Leh tak nak pi rumah die lagi nak makan kek tuuuu je??? Argh, terlior plak jap.



Malam plak, kitorang jadi sengal sat main bunge api. Bunge api biase je, bukannye yang badabom badabom letup besar kat langit, tak mampu la nak beli. Lagipon main yang 50 batang bunga api yang biase je pon bes jugak ape. Takdenye nak hilang mana-mana anggota badan yang dikurniakan Allah and bunga api nih sah di sisi undang-undang, so takdelah nebes nak kene tangkap masuk lokap ye.



Budak-budak, bapak budak, jangan main mercun, BAHAYA.
Pesanan percuma dan tak ditaja.




P/S: Argh, Sakikochan nak balik da tak lama lagi. Mesti aku sunyi dah pasni. :(



Photobucket

1 Syawal



Sepuluh jari disusun meminta ampun maaf zahir dan batin sekiranya pernah menyinggung perasaan sesiapa. Tiada niat di hati untuk melukakan persaan korang.





Kosong-kosong, okey? :D




Photobucket

Thursday, September 9, 2010

Cuti-Cuti Sakiko-chan Day 5!

Woh woh woh, final day untuk jalan sakan before raya menjelang tiba woh!

Arini aku wat sempoi sket, taknak penat-penat, biar enjoy! ^^

First aku bawak pi Pustaka Negeri Sarawak, nih sekadar nak bergambar je, pastu tunjuk sket-sket area pustaka tuh.

Second aku bawak pi Taman Sahabat, hampir sesat aku nak cari sebab tetiba short memory loss tak ingat jalan, ngahahahahaha. Cepat gile kitorang pusing taman sebab langit dah gelap semacam tanda nak hujan ribut yang dasat gaban.





Elok-elok je habis pusing, masuk kete, terus ujan turun lebat giler, angin pon kuat giler, wargh. Aku terus pecut (okey, tipu, bawak biase je sebab ujan gaban) ke The Spring sebab nak bagi Sakiko-chan rasa karaoke di tempat lain selain daripada Jepon. Oh, and antara barang-barang Sakiko-chan borong kat The Spring:


Selain daripada CD lagu raya nih, die beli jugak buku resipi makanan tradisional. Kagum aku. Aku sendiri tak sebok meli mendalah gini. Album tu aku rekomenkan, sebab aku suke lagu raya yang lama dari yang baru. :p

Woh-woh, suka sukinya Sakiko-chan merasa karaoke di negara orang! Especially bile K-Box ada lagu Jepon jugak! Hohohoho~ biarpun koleksi lagu Jepon agak outdated tapi kitorang puas! Sakiko-chan suke lagu Pop Yeh Yeh dengan Seberapa Pantas lepas aku nyanyi weih. Haha!


Kami hantu karaoke.

Habis je 2 jam kitorang melalak, terus pi dinner kat Food Court. Adakah pelik yang aku gian makan Salmon Donburi dengan Salmon Maki and Sakiko-chan gian makan Mi kolok and Laksa Sarawak? AHAHAHAHAHA.


Erm, Salmon Donburi dah habes dimakan, Salmon maki dari 10 tinggal 3 je untuk digambarkan. Ngahahaha. Sile kagum dengan jumlah wasabi aku tuh.


Ye, die makan 2 mangkok ye, satu mangkuk mi kolok, satu lagi Laksa Sarawak (SPECIAL DOWH) Madam Tang's. Licin gile mangkok die lepas makan. Kagum siot.



Photobucket

Cuti-Cuti Sakiko-chan Day 4!

Akhirnya, sampai jugak ke Sarawak Cultural Village, tempat wajib datang untuk Sarawak first-timers!



Sakiko teramatlah kagum dengan SCV nih. Kagum gaban sampai leh bandingkan dengan Disneyland!!! Kalau time die sebut tu aku tengah makan or minum, maunye tersembur keluar smue dah. Klakar plak aku rasa, haha.

Nih gambar kat Rumah Orang Ulu:



Gambar kat Rumah Melayu:



Aku ajar die main congkak, slow sket, tapi okey dah tuh! Kalahkan aku lah jugak, walaupun tak main habis. Kalau main habis aku yang menang kot, ngahahahaha.



Dah kol 11.30 pagi, masuk dewan tengok culture show. Sape yang pernah datang mesti tau ada satu segmen Orang Penan main sumpit pastu ajak one of the audience naik pentas main sumpit.



Haha, bertuahnya Sakiko dapat dekat dengan mamat pakai cawat!




Photobucket

Wednesday, September 8, 2010

Cuti-Cuti Sakiko-chan Day 3!

Hait! Tour sebenar start arinih!

Mula-mula kitorang conquer Muzium Sarawak yang aku dah agak muak pegi dah taun nih. Nasib baik la cuaca tak panas tak hujan., mendung elok je untuk jalan-jalan kat area blakang muzium tuh. So banyak gambar canteks-canteks leh kitorang ambik.



Dalam muzium takleh ambik gambar ye, skian makaseh. Pesanan tak ditaja oleh Muzium Sarawak mahupun Kerajaan Sarawak.

Pastu kitorang pon pegi Muzium Kucing kat DBKU atas Bukit Siol (haha, siol.). Wah, sronok bukan main Sakiko tengok kucing-kucing comel merata kat muzium, dok "KAWAII KAWAII KAWAII" haha. Aku ade certain favourites kalau pegi muzium tuh. Tak smue aku suke tengok. Fevret aku adalah dinding yang ade smue peribahasa melibatkan kucing. English translationnye sangat kelakar okey. (Malu-Malu Kucing = Shy-Shy Cat) LOL.



Pastu sebab awal lagi, aku bawak gi bergambar depan DUN atap Emas Kilat Gaban and then gi Pangkalan Sapi naik bot penambang gi Waterfront. Wajib nih woh, wajib!



Kat Waterfront plak, kitorang gi bazaar cenderahati tapi alamakkk, banyak tutup woh untuk raya! Argh, sedikit keciwa, tapi nasib baik ade 3 kerat kedai bukak, bolehlah borong sket cenderahati tuh.



Satu lagi kejadian menarik. Baru je nak melangkah keluar dari bazar menuju ke area bot penambang untuk balik ke sebrang sungai tetibe HUJAN LEBAT GILER DOWH WTH.


Kitorang dah pening lalat dah jalan ke hulu ke hilir, HUJAN PULAK DA. Bila hujan reda je kit, terus turun naik bot penambang nak balik cepat. Tapi kitorang tak la balik terus oh tidak.

Semestinya singgah ke Choice Mall! Sakiko chan nak borong makanan untuk bawak balik Jepon. Antara barang dibeli: 5 jenis maggi, biskut, teh Lipton, Choki-choki, Kurma dan lain-lain. Aku tak hengat, banyak sangat. Gambar tarak, aku malas nak ambik, penat!

Pastu kitorang balik rumah jap, bukak pose, pastu keluar balik, hehe. Pi The Spring plak ditemani si bf terchenta. Sakikochan sronok dah jumpe si bf aku yang die dok skodeng kat FB. Hahahaha.



Kitorang kat rumah bukak ala kadar sebab nak makan banyak kat The Spring. Hoho, sronok Sakiko boleh makan Laksa Sarawak Special Madam Tang!!!! Cakap lagi sedap dari yang kat Kluang Station. Okay, official dah, Madam Tang nye Laksa Sarawak sedap, okey?

Lepas makan, pusing the Spring cari hadiah untuk anak buah aku Izyan Amani yang cumil lote alolololooo~ Beli hamper cumil kat kedai Anakku, pastu balik da sebab penat gaban!





Photobucket

Tuesday, September 7, 2010

Cuti-Cuti Sakiko-chan Day 2!

Saya penat, kami penat.

Tak banyak untuk diceritakan, sebab kebanyakan masa dihabiskan di dalam kereta. Oh, except kitorang pegi bergambar kat tugu-tugu Kuching yang feymes aymes. Gambar cantik-cantik dalam kamera Sakiko-chan! ^^

Alangkah kagumnya Sakiko tengok orang ramai dah stat cuti dah skarang, jem sana sini, bergesel bontot di sana sini dan lain-lain. Argh. Pening woh peninggggg~

Arini kitorang pegi cari baju kurung yang matching kaler famili kitorang untuk first day raya! Woh susah gile dah nak cari kaler yang kitorang nak tu, ibarat mencari jarum di padang rum put (bahasa omputehnye needle in a haystack).

Tapi lepas pusing Hopoh, Sarawak Plaza, and Wisma Satok (ARGH SATOK JEM GILE WOH), jumpe jugak yang konon-konon sepesen kaler and corak. Gambar tarak ade, nanti tak surprise.

Oh lagi info menarik, Sakiko siap nak pakai tudung woh untuk raya, sejuk telinga mendengar walaupun satu badan panas dok bergesel bahu, lengan, kaki, bontot dengan orang ramai. Siap cube on the spot lagi.

NAH, TEASER:



WAH KAWAIIIIIIIIIIIIIIII~!!!!


Photobucket

Monday, September 6, 2010

Cuti-Cuti Sakiko-chan Day 1!

WahWahWah, taulah yen tinggi, ringgit rendah dari yen, smangat nye kawan aku sorang nih shoppinggggg. Seronok Sakiko tengok hairband rm1.50 (30 yen, ibarat 30sen la).



Pastu bawak die pi tengok baju kebaya kat kedai tingkat bawah Sarawak Plaza tu, tapi aku tak kenan sangat, sebab benang kain die banyak tetas la, kualiti down, malu la sket. Aku pon bawak die pi Wisma Hopoh, jumpe kebaya putih sweet corak bunga pink, gambar tarak ada, tak surprise la nanti.


TIDAK, bukan yang ni dibeli ok. Gambar hiasan semata-mata.


Pastu aku bawak die pi The Spring (ataupun dalam bahasa Jeponnye ZA HARU!). Haaaa, jangan tak tau, die sangap tengok kedai kasut Vincci woh, cakap smue kasut murah, yang tak sale pun murah, pastu banyak choice. Tapi memang betol pon, aku kat Jepon memang takleh nak beli kasut, mahal satu, saiz aku takde, diorang kaki smue saiz 4,5,6 gitu; haha, aku kalau nak beli kene beli kasut laki.

Pastu gi Padini tengok sale sale saleeeee 50% to 70%, die beli t-shirt and shorts untuk tido. BELII BAJU PDI UNTUK TIDO OK, KAGUM CEPAT. Bukan tu je, beli baju keje PDI 3 helai, skirt satu untuk keje, dok cakap smue murah, padahal satu baju tu rega RM120 (tapi ade sale 50% la).


Aku camwhore tunggu Sakiko cube baju. Wah tengok Sakiko posing OL (office lady) nye fesyen.



Fine. Tige angka tuh.


Bile dah dekat nak bukak pose (kunun bukak pose sama la, sebab die pon takde makan sangat, hormat adat kite), bawak pegi food court, pengsan tengok orang ramai tahap gaban, meja pun kongsi-kongsi. Baru je nak suroh Sakiko try Laksa Sarawak gerai Madam Tang yang Kak Zie agung-agungkan, frust menonggeng walaupun tak sukup tempat untuk menonggeng kat foo court yang sesak.

Bergegas pegi ke Kluang Station, terserempak dengan abang Kak Zie and si gelpren cumil, Chu. WAH MALU SEBAB KEBETULAN PAKAI BAJU SAMA TIME KLUA DENGAN KAK ZIE AND TERSEREMPAK DENGAN DIORANG JUGAK, OWH EMM GEE. Ok, cover malu cepat, dudok meje belakang diorang, sebab tu je meje kosong, wth.


Aku penat, so takde selera sangat, haus je lebih. Sakiko cakap Laksa Sarawak tu OISHII ye kawan-kawan. Siap posing gaya iklan "Malaysia Truly Asia" gitu.



To be continued! :D

Photobucket

Stuff That You Ought to Know About Too... :p

Related Posts with Thumbnails