Disebabkan sahabatku Hani Laily mengumumkan bahawa hari ini adalah Hari Skema Sedunia, maka blog entry, oh maaf, blog kemasukan ini akan skema seadanya. Sila baling batu kat beliau kalau tak tahan dengan keskemaan blog kemasukan ini. Ha.Ha.
Okay, yang paling utama saya patut nyatakan di sini ialah pembentangan saya yang saya telah bertungkus-lumus sediakan dari minggu lepas untuk presentation, OPS, pembentangan hari ini nampaknya tertunda. LAST MINUTE OKAY. Saya dan rakan-rakan agak kecewa kerana tak dapat mengurangkan beban pembentangan ini.
Seterusnya, saya tidak paham dengan masalah posmen Malaysia zaman sekarang. Adakah adil bila Pos Ekspres yang saya pos pada 8hb Februari baru sampai ke penerimanya hari ini?
Saya berdebar-debar bila mengenangkan Kakanda Zie Madini tak mendapat lagi barang yang saya poskan.
Tapi penantian itu berakhir pada hari ini, syukuuuuuuuuuurrr...
Bukti barang sampai dengan selamatnya ke tangan kakanda....
Harap-harap kakanda Zie berkenan dengan barang-barang yang saya perolehi dari kedai barangan Jepun kegemaran saya, Daiso. Kali pertama saya pergi dulu, memang menarik pengalamannya. Hehe. Barangan Jepun memang kegemaran saya.
Seterusnya, hari ini adalah hari jadi sahabat saya, Siti Ainul Ayzan. Kami telah menculik beliau dan membawanya pergi ke Restoran Upin dan Ipin di belakang Tesco Extra Shah Alam Seksyen 13. Haha. Comel penculikan kami. Beliau senyap je sepanjang perjalanan dengan mata yang telah ditutup dengan selendang pashmina Hani Laily..
Mulai hari ini, kami nak panggil awak Kak Ain. Saya tak peduli awak tunjuk saya penumbuk tadi bila saya jerit 'Selamat Tinggal Kak Ain!' depan flat awak.
Sekian terima kasih.
Yang Benar,
3 comments:
x sabar nk tggu 14 mac..nk pggl kak wawa pulak..eh silap sy mmg da lme muda dr awk..so lps 14 'trpksa' la pggl makcik wawa..lalala.
sy nak panggil awak nek epa mulai skarang. i dun care. XD
hehehe...terpampang pic mek dlm blog nya eh. glamer lah mek pastok..hahahaha :p
mek suka aie ngan gift ya semua wa. semua kawai². flower seal ya kck aie. cute bangetttt!!! thanx dear ^_^
Post a Comment