Nuffnang



Sunday, January 24, 2010

I'm Tired, But Had Lots of Fun

Patut ke aku update? Ok, meh aku update.

Malam tadi aku naik bas pegi Singapore, spatutnye 5 jam jadi 6 jam sebab singgah kat kastam and imigresen. Tapi cemerlang aku, tak kene tahan, heh. (And abang kat kastam hensem gile, nama Abdul Basit, sile gi stalking, sape-sape yang bakal gi Singapore XD)

Sampai-sampai je, member aku yang baik ngan aku time summer program kat Jepon 2008 dulu jemput aku kat hentian bas Lavender Singapore. Kesian gile, satu jam lebih tunggu aku. Makaseh Yun Qing, sayang kamoo!!!

Aku tak tido dalam bas, so sampai-sampai je, terus mandi and pengsan atas katil. Krohh krohhh..

Ari ni plak, kitorang gi shopping cenderahati/cenderamata/sagu hati untuk famili aku and member aku. Aku ni bajet 3 for SD10 tu murah je.. sedangkan, rm25. Haha. Takpela, bukan slalu datang, duit tu pon mak ayah bagi, baik aku beli something elok untuk diorang. X3

And then trus gi epot nak jemput kitorang Japanese tutor dari summer program kitorang dulu, Sakiko and Naomi. Gilak ah, flight sampai cepat, diorang tunggu kitorang sejam. Gile malu dowh.

Then balik rumah, aku mandi freshen up, pastu kluar balik gi Night Safari. PENAT SEA-OAT. Ni baru lepas mandi. Ye, sile tengok time posting, jadi dimaafkan la ye kalau takdok gamba. Dah, later-later la aku upload, tunggu balik Tanah Melayu. Ni pon pakai komputer member.

Okeyh, nak tdo. Esok gi tengok singa badan ikan aka Merlion yang feymes and Singapore Flyer. Taktau Singapore Flyer ape? Nanti aku tunjok gambar ek, kalau rajin, korang google la. Macam London Eye gitu, tapi lagi besaq.

P/S: Internet sini laju gile babeng.

Photobucket

Tuesday, January 19, 2010

I have been.. Urm... Busy? XD

Ha'ah, alasan.

Here's what I have been up to:

  1. Makan kat Pok Li at least once a week. Aku obses dengan nasik goreng Pok Li dowh, dunno why.
  2. Nearly everyday nak gi library, but 80% (ke 90%?) of the time dok main Fesbuk. Status bukan main lagi "Najwa Hanani is at the library attempting AE bla bla bla etc etc etc.."
  3. Main badminton dengan housemates, Firhan, Nazri, Duang, Daus, Kedah and Syud... (bapak mesti hepi sebab dah start senam balik membasmi lemak)
  4. Attempting AE... siyes
  5. Menghantar kipas untuk dibaiki (minus rm25 kat sini T____T)
  6. Planning a small trip yang still KIV, but maybe will be kompem by the end of the week. (update di status FB ye nanti) XD

DAH, saya ngantok, esok kelas 8.30. TIDO TIDO TIDO.

Tido lah sangat. *baca komik Gempaq*


Photobucket

Friday, January 8, 2010

TGIF.. and YanYan's Understanding.. LOL

The good thing about Fridays is that classes ends at noon.


Muke ceria je smue bile dah hari Jemat. HanHan siap pejam mata lagi.

Bile loceng berdering menandakan kelas tamat pada pukul 12.30pm, maka smue mengangkat langkah klua cepat dari kawasan fakulti.

Bile sampai di rumah, mula menyedari kebosanan yang melanda maka menghantar sms ke YanYan tersayang. "Awak watpe petang nih? Saya bosan la..."

Dan sejam kemudian mendapat reply SMS "Jomla, kami nak gi pkns skrg".

Terus jadi gini ----> MySpace

Haih, it doesn't take much to brighten up my day. Walaupun it's only in the Shah Alam area.

Mule-mule pasang niat nak cari tudung kat PKNS, tapi tak satu pun yang aku berkenan, maka mengorak langkah pegi ke Plaza Alam Sentral and menyerbu sale besar-besaran kat The Store.

20% to 70% off, sape tak sengal tengok? MySpace

Lepas dah berkenan dengan 2, 3 helai baju yang less besar-besaran, tetibe dapat tau dari shop assistant yang sale tu only for The Store cardholdersMySpace.

CesCesCes. WTF betol.

So kitorang 4 orang pun share-share bayar membership RM12 tu. Finish on the spot wo.


Nampak tak nama kat kad tu? Ha, sumbangan kreatip otak daku yang bernas bile nak pike bende pelik-pelik gini.

GEE + LIYANA + WAWA + AINUL AYZAN

= GEEYANAWA-AYZAN MySpace

Orang tu terletak 2 'n' kat tengah. Salah tu. Pfft. Pastu, op chos la dapat diskaun murahan untuk baju-baju kami, yeyey.

Bile perut berkecorong, and kami pun malas nak jalan jauh, singgah je makan kat KFC Idamanku Selalu.


Sapa tahan pedas, leh la makan Zinger Tower. Gile babeng pedas. Aku tak tau nape. Mayones die pelik sket. Tapi nachos die ok la... YanYan kate mayones nachos ni masam. I think it's okay for me.


Camwhoring.

Second pic ngan Ejan is because Ejan tak puas ati muke die sparuh je in the first pic. Aku rasa YanYan lagi separuh kot. LOL. MySpace



Photobucket

Thursday, January 7, 2010

Cuti-Cuti CurveCineleisureIkeaIkano

For this sem, kitorang nye day off is Wednesday.MySpace

So since supply rumah sewa dah low (contoh: syampu, sabun badan, sabun basuh baju, etc....) maka si kawan saya Tiang M. Jambu aka Hani Bani telah berjaya mendapatkan kereta untuk membawa saya, Enul Ejan n Gee Mantap pegi membuang masa yang sepatutnye digunakan untuk menyiapkan AE dengan pegi bersoping di Segi Tiga Damansara. MySpace

Bukan selalu wo. Boleh dikira dengan jari sebelah tangan berapa kali sampai situ.
Oh malu.MySpace


Cantek. Sangap setiap kali pegi sini tau. Walaupun takde la beli pape sangat. Pfft.

Yang second pic tu view from Cineleisure. Kitorang dok pusing every floor and masuk segale kedai baju belek-belek, cube-cube, fake beli tapi sebenarnye tak nak beli.... Lepas penat pusing 3 tingkat, terjumpe la Lecka Lecka idaman Enul Ejan.

Enul pon seronok sakan dapat makan eskrem Lecka Lecka yang disebut-sebut all the way nak pegi sini from Shah Alam.


Yang buat licky tongue stail Lecka Lecka nye logo is Tiang M. Jambu aka Hani Bani.

Tapi yang paling sangap tengok is Kedai Daiso yang feymes kat Jepon. Aka kedai 100 yen. Kat Malaysia nih, RM5. Takyah tanya lah brape rega barang dalam kedai nih melainkan nak kene ketok kepale la. Obviously RM5 kot. Tapi barang gile berkualiti.

Woh, sangap woh. Habis RM50 dalam kedai nih.MySpace


I love Daiso!!!!! Review barang-barang wat lain kali je ek. Upload gambar pakai broadband nih lembab macam Gary pet snail Spongebob.


Closure of a great day would be lunch (lunch la sangat kol 3.30pm) at Ikea. I am a self-proclaimed Ikea fanatic. Dok satu hari kat Ikea pun tak bosan kot. Hepi je kalau masok Ikea. Segale bende nak belek.

Tapi yang paling best makan kat Ikea is the cheap yummy meatballs and kek Daim!!!!!
OH SORGAAAAAAAAA~!!!!!MySpace


AH. MAHU PEGI LAGI. MAHOOOOOO!!!!

Oh. by the way, suply smue tuh beli kat Giant. Gambar kat Giant takde sebab muke smue dah penat gile babengz macam tak rela je. LOL.



P/S: Sape-sape memerlukan teman pegi Ikea sile hubungi my mobile, ok.


Photobucket

Back To School

Fuiyo. First entry sejak sampai Shah Alam.
Punyela malas and penat shopping, ops, blajar.MySpace


Haih. Tension jugak tau blajo nih. Walaupun dah final sem. But I know I can count on my girls to hold on strong menghadapi segale kuiz and asainmen and presentation and AE (mini thesis) yang mendatang. ohmaigod.

Ni tak muat smue, yang lain tak datang lagi time gambo nih diambil.


Cantek gamba nih, walaupon spek Ain silau dek cahaya matahari. LOL.

I can feel this semester would be a fun one, especially bile tengok classmates pun yang enjoyable jugak sem nih. Suke!


Comel bile tengok jari kaki Ain ade plaster kartun. Ha'ah, kaki besar tu is my foot. Sile pandang ke lain.

Let's make this semester a memorable one to remember, everyone!MySpace



Photobucket

Monday, January 4, 2010

Returning... with reluctance.

In a few hours more, I'll be leaving on a (jet) plane for the peinnsular.MySpace
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Taknak balik dulu boleh tak? MySpace




Photobucket

Saturday, January 2, 2010

Persandingan Bang Abu & Kak Aleen :)



Ohmaigod seronok sakan gile nak gi persandingan kat Dewan Hikmah. Kitorang kene gi awal sebab my dad is the Al-Wakil on the groom's side.


Canteknye pintu gerbang....

And alang-alang before more guests arrive, tak salah rasanye nak camwhoring dulu dengan all the hiasan. Ngehehehehehehe~MySpace



Top (L-R): dengan adik, dengan mak (yes my mum is small, thankyouberymuch)
Bottom (L-R): dengan bapak, my parents!

There were also nice goodies for the guests. Ni yang best jadi tetamu nih. :


L-R: kipas tangan was given bile masok dewan, goodie bag atas meja (intai nampak coklet cadbury, OH NIKMAT), buku kecik yang ade hal syariat kahwin, doa untuk kebahagiaan rumahtangga and jadual solat seluruh Sarawak. (First time dapat mendalah gini.)

Op, op, pengantin nak jalan daaa~:


Hok aloh, comelnye flower girls dengan erm, tuxedo boys? Ape ntah panggil yang bebudak laki.



Al-Wakil Hensem. Peewit.


And another bukti yang kesengalan bergambar adalah warisan turun temurun:


This is my ATOK. Ntah ape maksudnye wat sign kacang nganyin.

Pelamin and wedding cake:


Theme colour is yellow gold. Kek sodap. Nak kek nak kek nak kek.

It was quite a formal event, but despite the formality, ade la simplicity jugak. Am I making sense? Hm. Takpela. Yang penting dah kawen dengan slamatnye ye. Bang Abu is the youngest in his family, so I can see why la this would be slightly grander than his older brothers and sister's weddings. Tapi seronok tengok the family members all helping together.


Wishing you guys a happily ever after! MySpace



Photobucket

Stuff That You Ought to Know About Too... :p

Related Posts with Thumbnails