Nuffnang



Monday, August 23, 2010

Hepi Behdey!!!

Entri istimewa untuk orang yang istimewa dalam hidupku.




HAPPY 51st BIRTHDAY!!!http://www.cute-smiley.com



Ayah aku hanya ada satu, and aku sayang sepenoh hati aku. Ayah aku adalah satu-satunya lelaki yang memiliki hati aku sepenuhnya. Tau tak nape???


Antara berbillion sebab nape ayah aku hebat:-


Ayah aku yang time aku kecik-kecik dulu bangun 2,3 pagi buat susu sebab mak aku tak larat nak bangun;

ayah aku yang tolong sedut hingus aku sebab baby tak reti hembus hingus;

ayah aku yang ajar aku main basikal;

ayah aku yang ajar aku melukis;

ayah aku yang buat aku gila wayang sebab asyik dudok berdue tengok movie ganas-ganas macam ALIEN, TERMINATOR, PREDATOR, TOTAL RECALL, GREMLINS, JUDGE DREDD etc.;

ayah aku yang ajar buat roti canai from scratch sebab kat UK tak jumpe kedai mamak;

ayah aku yang datang skolah dok warning budak laki omputeh yang slalu kacau aku (walhal hensem gile, skarang baru nak menyesal);

ayah aku yang belikan rabbit sebab aku nak sangat rabbit (sampai jadi penternak unofficial sebab rabbit beranak tahap gaban);

ayah aku yang slalu jadi member main board games macam monopoly dan Guess Who? (walaupon tak rela tapi kene paksa aku);

ayah aku yang tolong bunuh lipan yang merayap kat kai aku dulu;

ayah aku yang suke usik suruh kimsalam kat member-member pompuan yang cantik, cumil and still single (omaigod);

ayah aku yang selalu defend aku bile kene marah orang sekeliling (walaupon kadang-kadang aku rasa aku pon ada salah, haha);

ayah aku yang setiap malam videocall aku kat YM selama 3 bulan aku kat Jepon untuk Summer Program;

ayah aku yang setiap kali ada keje kat KL terus offer diri siap extend stay sebab tau aku homesick dudok Shah Alam and saja suroh hotel bagi bilik ade 2 single beds;

ayah aku yang bile aku nak barang slalu cakap "tunggu" bukan "takleh",

ayah aku yang sentiasa motivate aku dalam apa jua situasi;

ayah aku yang slalu cakap "nanti awak rasalah ada anak pompuan sendiri" bile aku emosi dengan die,

ayah aku yang apa bende aku minat, die pon akan minat (imbas kembali zaman KRU, Westlife, The Moffatts, Good Charlotte etc. Skarang minat JPop band Arashi);

ayah aku yang wat lawak Photoshop muke sendiri kat muke Sakurai Sho (Arashi) pastu mms and emel kat aku kasi tengok;

ayah aku yang bile dok depan TV takde bende nak tengok cakap nak tengok show Arashi yang aku donlod;

ayah aku yang bile kite tanya something, smue bende die tau, macam walking encyclopedia...



Wah, terlalu banyak nak diletak (kan ade berbillion, haha) kat sini. Tapi ape yang ade kat sini tak cukup untuk buktikan kehebatan lelaki yang bergelar ayah aku.


Happy Birthday Dad. Though I may be a bit hardheaded and stubborn at times, I have never loved you less, but have only loved you more.

http://www.cute-smiley.com
Thank you for being my Dad.



Photobucket

2 comments:

lynnanuar said...

awww... such a heartwarming entry.
i love my dad too and i miss you so badlyyyyy

happy birthday uncle! you're awesome!

WaWa said...

@lynnanuar
DADS ARE AWHSUM!

I miss you too babe!!!!! I wanna see you so badlyyyyy!!!! >___<

Stuff That You Ought to Know About Too... :p

Related Posts with Thumbnails