Nuffnang



Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 53!






Alhamdulillah, Malaysia selamat menempuh satu lagi tahun kemerdekaan.

Walaupun banyak tohmahan, dugaan, cabaran yang dihadapi, namun kita berjaya go on jugak.

Tapi renung-renungkanlah isu-isu semasa kita; pembuangan bayi, berzina, bunuh-membunuh, etc. Merdekakah kita sebagai rakyat, sebagai manusia?



Just a thought.
http://www.cute-smiley.com




I haven't given up on the thought of 1 Malaysia just yet. The idea behind it is great, but maybe the execution could be done much more wisely? Wallahualam.


I Support This. http://www.cute-smiley.com



Photobucket

Selamat Bersahur!




Nikmatnye bile tengok mak wat piza untuk sahur... http://www.cute-smiley.com


Tak pasal-pasal mata terbukak luas dari kesepetan tak cukup tido...




Photobucket

Monday, August 30, 2010

Saya Budak Baru Belajar



...........................................pakai Money Order.

Sape gelak, jahat.

Aku apply untuk duduk Ujian JLPT hujung taun nih, bagi memantapkan proficiency aku. Bile dah isi ape yang patut, kene plak bayar pakai pos, takde nye nak bank in bagai.

So nih kronologi aku pakai Money Order for the first time:


1) Kagum bile baca kene bayar pakai Money Order

2) Tanya ayah camane nak wat mendalah Money Order

3) Sesi soal-jawab yang padat tentang Money Order dengan ayah aku

4) Pegi Pos Ofis Choice Supermall

5) Ambik nombor giliran

6) Tetibe ternampak kat tempat bebanyak borang ade plak borang money order

7) Time tengah isi borang, nombor kene panggil, so wat dek je sambil isi Money Order and borang Pos Laju

8) Ambik nombor giliran baru



9) Tunggu giliran

10) Bile nombor kene panggil tetibe dapat tau ada caj extra RM2 and kene beli sampul kalau nak pos sendiri (faster). Ironiknya, Pos Laju tak jual sampul surat and orang kat pos ofis pulak makin ramai

11) Ambik nombor giliran baru pastu masuk Choice Supermall beli sampul surat 30 sen

12) Masuk balik Pos Ofis, letak mendalah tu dalam sampul, tapi takde gam, so sampul terbukak gitu je

13) Tunggu nombor giliran (nasib baik ambik yang baru sebelum klua beli sampul, gile ramai dah time nih)

14) Bile nombor dah kene panggil, mintak tolong abang kat kaunter untuk gam/selotep sampul sebab baru beli

15) Bayar Pos Laju


Aku pelik.



Photobucket

Berbuka dengan Mereka

Suke tak berbuka dengan kawan-kawan? Duh, mesti la best kan???

Aritu tetibe dapat idea nak berbuka ramai-ramai dengan geng-geng skolah dulu kala (rasa tua plak), so kumpol member-member yang ada kat Kuching nih. Harapkan sms, fesbuk and YM ajak orang berbuka, dunia kita sangat canggih woh.

Asalnye tujuh orang yang kompem, 5 laki and 2 pompuan.

Pastu last minit, aku plak the only girl yang datang. Wah wah wah the rose among the thorns???? Haha, sile geli.


My thorns bodyguards not-blood-related brothers. From left; Jani, Nuar, Apis, Chu, GG.



Jani dah bukak dah topik Malaysian Politics die dahhhhhh. Haha.



Alamak, abang Jani blur sebab tangkas berbicara isu politik and hidup sebagai mahasiswa di US.



Jani gelak ble dah bukak isu ***toootttttt***. Censored for protection. Ngahahaha.



Yeah, menu berbuke aku, chicken chop dengan chocolate milkshake. Jangan terliur atas keyboard ye kawan-kawan.



Menu penutup, 50 cucok sate. Gile, balik rumah terus saket perot.



Kedai makan nih kat Jalan Mude Hashim, ada sain besar kat kedai tuh "Sate Kajang". Sedap, tapi servis lambat. Kitorang dapat air pun after 15 minit orang dah azan Maghrib. I recommend coming here for the Sate mostly. :)


Photobucket

Sunday, August 29, 2010

Rambut Raya

Aku tetiba rasa rajin nak gi kerat rambut.

Salun pilihan aku kat Wisma Satok tingkat atas sekali. Alvin's Salon kalau tak silap aku. Ni memang kedai fevret aku, sebab cutting die sangat professional. Mahal sket la, kalau untok pompuan around m25, tapi aku bantai je sebab sekali dalam 2 taun je potong rambut kot. Might as well pay for the best.

Aku sebelom ni, pernah skali gi salun biasa yang caj rm7 je, tapi cutting hampeh. Takde beza langsung, lain aku nak, lain die potong. Terus nyesal tak sudah, taknak dah tukar salun.

Salun nih memang aku pegi dari aku kecik dulu, dari first cawangan die kat sebelah Benjamin bookstore, kedai burok je time tu, macam barber. Pastu owner die ambik sijil stylist kat Taiwan, expand sket pindah ke Wisma Hopoh, tapi tak lama, sebab sewa mahal and tak ramai customer. Last-last pindah ke tingkat atas Wisma Satok.

Fuiyoo, siap aku wat kronologi gitu. Punyelah customer setia famili aku nih. Hahaha.


Ni sempat camwhore tunggu stylist fevret aku siap dengan customer die. Stylist tetap aku nama die David. Die sangat baik, humble. Rajin borak plak tu. And korang nak potong gaya macam mana pon, die leh wat. Kalau tak puas ati dengan hasil potongan, boleh cakap, die betolkan on the spot. Memang tip top! Kalau korang pegi, cakap dapat tau dari blog aku, okey? :D




Fuiyoo, gambar fake gile. XD


Photobucket

Friday, August 27, 2010

Busy Busy Bug

Woh, belom stat keje dah banyak bende kene wat 2,3 ari nih. Cabaran yang mendalam bila berpose. Tambah sekarang panas gile kat Kuching. Balik rumah je terus kong.

So antara bende-bende yang aku kene wat sebelum lapor diri:-




1) Isi borang-borang yang patut
Banyak gile bende kene isi. Blur plak sebab dah lama tak main isi-isi borang nih.




2) Tandatangan surat akuan sumpah depan commissioner of oath
Nih aku fail bile datang time lunch hour, orangnye takde, terpakse datang balik lepas lunch hour. Argh. Pastu ade plak bayar rm4. Klakar betol.





3) Medical checkup
Nih wat kat klinik yang doktornye pompuan, sebab aku tengok kat borangnye ade kene pegang perot. Gile, taknak aku doktor laki yang pegang. EWWW. Oh, and kene kencing dalam cawan, haha. Kencing dalam botol la sengal. Nasib baik tak minum pon boleh kencing dalam bulan pose nih. Takut aku kalau tak kua pape.




4) X-Ray
Wah, kagum dengan diri sendiri bile pegi x-ray sorang-sorang. Konon takut orang ramai, pukol 2 petang tepat dah tunggu depan pintu, rupenye takde orang pon datang melainkan aku. Masuk bilik gelap dengan 2 orang laki untuk x-ray. Aku rasa pelik bile sengih kat orang laki yang kate "bukak baju dan baju dalam tau." Kalau situasi yang berlainan, maunye dah kene sepak terajang. Haha.




5) Update buku akaun bank
Haha, gelak sorang diri bile tengok buku bank last update tahun 2005.




6) Ambik gambar saiz passport blue background
Gambar kat atas adalah gambar sebelum aku pegi 'photoshoot' (ececececece). Gambar yang diproducekan oleh kedai gambar tak macam kat atas. So tak akan di displaykan kat sini, wakakaka. Gambar passport aku tak penah best, haha.


Ari nih pon kene gi klinik balik, nak ambik test results and borang medical checkup dari doktor, pastu plan nak gi kerat rambut, pastu nak kene beli buah, pastu beli kuih berbuke, argh.

Penat. Haus. Lapar. Pose yang memorable!
:p


Photobucket

Thursday, August 26, 2010

Survivor!!!

Woh Woh Woh.

Ingat tak kesah ikan-ikan rumah aku yang samseng dan kanibal tu???

Sapa tak hengat sile baca SINI. Kelik jangan tak kelik.

Alkisahnye, pada suatu ketika dulu (bedtime story style, jangan tido!) ayah aku penah beli sebungkus udang kecik hidup dari pasar minggu Satok. Konon nak bagi ikan-ikan akuarium tu makan. Yes, bagi udang hidup, sebab ayah sangap nak tengok ikan kejar udang.

Woh, kitorang pon sangap jugak sebab tak sampai satu jam smue udang dah kong. This happened about 3 bulan yang lalu.

Sile ingat, 3 bulan yang lalu.

Aritu tetibe rajin nak melekap muke kat kaca akuarium, ternampak nih:



WOH UDANG SURVIVE KERAKUSAN IKAN AKU WTHSAJFALSJDALJDKLAJDKLAKSDK.



Ikan lumut 2 ekor pon tak survive. Ikan lumut, sile malu dengan udang yang sekor nih.


Orang yang jual kat pasar minggu satok nih bagi makan ape kat bende-bende yang diorang jual nih? Steroid?



P/S: Is thinking of getting a good camera once she starts her job. Phone pics are ridiculous. :(


Photobucket

Wednesday, August 25, 2010

Mungkinkah???

Ari Isnin lepas dapat nih:


Alamat blur kunun takut ade stalker. Ntah ye ke tak ade orang baca, haha. Sape baca makaseh.



Pastu nampak logo nih kat sampul surat tu:



MUNGKINKAH OH MUNGKINKAH????? KFKAJDKLAJDKLAHDJLAJDLAN.


Dalam previous posts, I have mentioned yang aku dudok satu intebiu nih (baca sini, sini dan sini) untuk keje yang aku memaaaaannnnngggg nak sangat-sangat. Yang aku minaaattttt sangat-sangat. Sampai ke satu tahap tu mata aku berair explain betapa aku passionate nak kijo tuh. Omaigod congek gile. wth.


Alhamdulillah...


Aku kini adalah salah seorang guru bahasa Jepun di UNIMAS.


Najwa-Sensei desu. Yoroshiku onegaishimasu.http://www.cute-smiley.com




Photobucket

Tuesday, August 24, 2010

Sambutan Behdey Ayah

Alhamdulillah, sambutan mini behdey ayah berjalan dengan lancar semalam. (Ececece bukannya wat parti sakan pon.)

Arini kitorang wat berbuke pose special sket; beli kek, beli piza, beli KFC, beli air gas 3 jenis, air laici kang, air tebu, kuih 3 jenis... memang nak celebrate sakan lah! *tepok perut bulat*



Lepas kenyang makan smue, kitorang terawih berjemaah kat rumah; ayah kata yang ni behdey pesent paling best untuk die. :')



Happy 51st Birthday again Pak!


Oh, by the way, ayah suke gile hadiah yang aku bagi tu. Sangat hepi! :D



Photobucket

Behdey Gift untuk Ayah

Hoho, aku dah lama plan untuk hadiah ayah aku. Aku jenis yang weeks before dah pike dah nak bagi ape. Biar prepare siap-siap.

Oh, before aku reveal hadiah tu, jom kite usha kad behdey yang klakar aku pilih untuk ayah aku:


Yeah, saja nak show off skill aku. *elak balingan batu bata*



Nih kad die:

Jikalau rabun, sile klik untuk tumbesaran. Kene paham cover nih dulu, baru leh paham kekelakarannya. LOL, "kekelakarannya".



Nih isi kad die:

PAHAM TAK PAHAM TAK PAHAM TAK???? Ayah aku kene sain kad tu sebelum bukak, kalau tak, kantoi, takleh dapat sejuta USD. WAKAKAKAKA. *gelak lawak sendiri*


Ni plak hadiah die:


Dah siap bungkus baru teringat lupe nak amik gambar hadiah. Apekah.


Nasib baik abang Google kesayangan ade, leh search gambo...:



Aku bagi alat urut mini untuk ayah aku simpan kat opis. Sebab ayah aku slalu sengal leher and badan. Simple but practical la kirenye.





P/S: Simple je hadiah buat skarang sebab tak stat kijo lagi. InsyaAllah bile dah ada gaji sendiri, mampu nak bagi yang lebih sket. :)


Photobucket

Monday, August 23, 2010

Hepi Behdey!!!

Entri istimewa untuk orang yang istimewa dalam hidupku.




HAPPY 51st BIRTHDAY!!!http://www.cute-smiley.com



Ayah aku hanya ada satu, and aku sayang sepenoh hati aku. Ayah aku adalah satu-satunya lelaki yang memiliki hati aku sepenuhnya. Tau tak nape???


Antara berbillion sebab nape ayah aku hebat:-


Ayah aku yang time aku kecik-kecik dulu bangun 2,3 pagi buat susu sebab mak aku tak larat nak bangun;

ayah aku yang tolong sedut hingus aku sebab baby tak reti hembus hingus;

ayah aku yang ajar aku main basikal;

ayah aku yang ajar aku melukis;

ayah aku yang buat aku gila wayang sebab asyik dudok berdue tengok movie ganas-ganas macam ALIEN, TERMINATOR, PREDATOR, TOTAL RECALL, GREMLINS, JUDGE DREDD etc.;

ayah aku yang ajar buat roti canai from scratch sebab kat UK tak jumpe kedai mamak;

ayah aku yang datang skolah dok warning budak laki omputeh yang slalu kacau aku (walhal hensem gile, skarang baru nak menyesal);

ayah aku yang belikan rabbit sebab aku nak sangat rabbit (sampai jadi penternak unofficial sebab rabbit beranak tahap gaban);

ayah aku yang slalu jadi member main board games macam monopoly dan Guess Who? (walaupon tak rela tapi kene paksa aku);

ayah aku yang tolong bunuh lipan yang merayap kat kai aku dulu;

ayah aku yang suke usik suruh kimsalam kat member-member pompuan yang cantik, cumil and still single (omaigod);

ayah aku yang selalu defend aku bile kene marah orang sekeliling (walaupon kadang-kadang aku rasa aku pon ada salah, haha);

ayah aku yang setiap malam videocall aku kat YM selama 3 bulan aku kat Jepon untuk Summer Program;

ayah aku yang setiap kali ada keje kat KL terus offer diri siap extend stay sebab tau aku homesick dudok Shah Alam and saja suroh hotel bagi bilik ade 2 single beds;

ayah aku yang bile aku nak barang slalu cakap "tunggu" bukan "takleh",

ayah aku yang sentiasa motivate aku dalam apa jua situasi;

ayah aku yang slalu cakap "nanti awak rasalah ada anak pompuan sendiri" bile aku emosi dengan die,

ayah aku yang apa bende aku minat, die pon akan minat (imbas kembali zaman KRU, Westlife, The Moffatts, Good Charlotte etc. Skarang minat JPop band Arashi);

ayah aku yang wat lawak Photoshop muke sendiri kat muke Sakurai Sho (Arashi) pastu mms and emel kat aku kasi tengok;

ayah aku yang bile dok depan TV takde bende nak tengok cakap nak tengok show Arashi yang aku donlod;

ayah aku yang bile kite tanya something, smue bende die tau, macam walking encyclopedia...



Wah, terlalu banyak nak diletak (kan ade berbillion, haha) kat sini. Tapi ape yang ade kat sini tak cukup untuk buktikan kehebatan lelaki yang bergelar ayah aku.


Happy Birthday Dad. Though I may be a bit hardheaded and stubborn at times, I have never loved you less, but have only loved you more.

http://www.cute-smiley.com
Thank you for being my Dad.



Photobucket

Sunday, August 22, 2010

Welkam To The World Baybee!!!

Alhamdulillah...

Kazenku yang paling samseng dan paling rapat dengan aku dah selamat melahirkan baby girl yang oh-gile-cumil-rambut-lebat-macam-die di Hospital Sibu pada Jemat lepas.

Hebat gile, tak sampai setaun kawen, dah dapat cahaya mata. Ni lah yang dikatakan rezeki Allah bukan? Elok la timing tu, sebab umor die pon dah over 30. Memang kene cepat erm "ambik tindakan". LOL. Ambik tindakan wth.



Ni gambar time kawen. Dah 30 dah die time nih.



And nih gambo baby die:


Alololololo cumil.




Tahniah cuz! Nanti bagi aku corrupt die dengan kesengalan aku nanti ok? XD




Photobucket

Stuff That You Ought to Know About Too... :p

Related Posts with Thumbnails