Nuffnang



Wednesday, August 25, 2010

Mungkinkah???

Ari Isnin lepas dapat nih:


Alamat blur kunun takut ade stalker. Ntah ye ke tak ade orang baca, haha. Sape baca makaseh.



Pastu nampak logo nih kat sampul surat tu:



MUNGKINKAH OH MUNGKINKAH????? KFKAJDKLAJDKLAHDJLAJDLAN.


Dalam previous posts, I have mentioned yang aku dudok satu intebiu nih (baca sini, sini dan sini) untuk keje yang aku memaaaaannnnngggg nak sangat-sangat. Yang aku minaaattttt sangat-sangat. Sampai ke satu tahap tu mata aku berair explain betapa aku passionate nak kijo tuh. Omaigod congek gile. wth.


Alhamdulillah...


Aku kini adalah salah seorang guru bahasa Jepun di UNIMAS.


Najwa-Sensei desu. Yoroshiku onegaishimasu.http://www.cute-smiley.com




Photobucket

Tuesday, August 24, 2010

Sambutan Behdey Ayah

Alhamdulillah, sambutan mini behdey ayah berjalan dengan lancar semalam. (Ececece bukannya wat parti sakan pon.)

Arini kitorang wat berbuke pose special sket; beli kek, beli piza, beli KFC, beli air gas 3 jenis, air laici kang, air tebu, kuih 3 jenis... memang nak celebrate sakan lah! *tepok perut bulat*



Lepas kenyang makan smue, kitorang terawih berjemaah kat rumah; ayah kata yang ni behdey pesent paling best untuk die. :')



Happy 51st Birthday again Pak!


Oh, by the way, ayah suke gile hadiah yang aku bagi tu. Sangat hepi! :D



Photobucket

Behdey Gift untuk Ayah

Hoho, aku dah lama plan untuk hadiah ayah aku. Aku jenis yang weeks before dah pike dah nak bagi ape. Biar prepare siap-siap.

Oh, before aku reveal hadiah tu, jom kite usha kad behdey yang klakar aku pilih untuk ayah aku:


Yeah, saja nak show off skill aku. *elak balingan batu bata*



Nih kad die:

Jikalau rabun, sile klik untuk tumbesaran. Kene paham cover nih dulu, baru leh paham kekelakarannya. LOL, "kekelakarannya".



Nih isi kad die:

PAHAM TAK PAHAM TAK PAHAM TAK???? Ayah aku kene sain kad tu sebelum bukak, kalau tak, kantoi, takleh dapat sejuta USD. WAKAKAKAKA. *gelak lawak sendiri*


Ni plak hadiah die:


Dah siap bungkus baru teringat lupe nak amik gambar hadiah. Apekah.


Nasib baik abang Google kesayangan ade, leh search gambo...:



Aku bagi alat urut mini untuk ayah aku simpan kat opis. Sebab ayah aku slalu sengal leher and badan. Simple but practical la kirenye.





P/S: Simple je hadiah buat skarang sebab tak stat kijo lagi. InsyaAllah bile dah ada gaji sendiri, mampu nak bagi yang lebih sket. :)


Photobucket

Monday, August 23, 2010

Hepi Behdey!!!

Entri istimewa untuk orang yang istimewa dalam hidupku.




HAPPY 51st BIRTHDAY!!!http://www.cute-smiley.com



Ayah aku hanya ada satu, and aku sayang sepenoh hati aku. Ayah aku adalah satu-satunya lelaki yang memiliki hati aku sepenuhnya. Tau tak nape???


Antara berbillion sebab nape ayah aku hebat:-


Ayah aku yang time aku kecik-kecik dulu bangun 2,3 pagi buat susu sebab mak aku tak larat nak bangun;

ayah aku yang tolong sedut hingus aku sebab baby tak reti hembus hingus;

ayah aku yang ajar aku main basikal;

ayah aku yang ajar aku melukis;

ayah aku yang buat aku gila wayang sebab asyik dudok berdue tengok movie ganas-ganas macam ALIEN, TERMINATOR, PREDATOR, TOTAL RECALL, GREMLINS, JUDGE DREDD etc.;

ayah aku yang ajar buat roti canai from scratch sebab kat UK tak jumpe kedai mamak;

ayah aku yang datang skolah dok warning budak laki omputeh yang slalu kacau aku (walhal hensem gile, skarang baru nak menyesal);

ayah aku yang belikan rabbit sebab aku nak sangat rabbit (sampai jadi penternak unofficial sebab rabbit beranak tahap gaban);

ayah aku yang slalu jadi member main board games macam monopoly dan Guess Who? (walaupon tak rela tapi kene paksa aku);

ayah aku yang tolong bunuh lipan yang merayap kat kai aku dulu;

ayah aku yang suke usik suruh kimsalam kat member-member pompuan yang cantik, cumil and still single (omaigod);

ayah aku yang selalu defend aku bile kene marah orang sekeliling (walaupon kadang-kadang aku rasa aku pon ada salah, haha);

ayah aku yang setiap malam videocall aku kat YM selama 3 bulan aku kat Jepon untuk Summer Program;

ayah aku yang setiap kali ada keje kat KL terus offer diri siap extend stay sebab tau aku homesick dudok Shah Alam and saja suroh hotel bagi bilik ade 2 single beds;

ayah aku yang bile aku nak barang slalu cakap "tunggu" bukan "takleh",

ayah aku yang sentiasa motivate aku dalam apa jua situasi;

ayah aku yang slalu cakap "nanti awak rasalah ada anak pompuan sendiri" bile aku emosi dengan die,

ayah aku yang apa bende aku minat, die pon akan minat (imbas kembali zaman KRU, Westlife, The Moffatts, Good Charlotte etc. Skarang minat JPop band Arashi);

ayah aku yang wat lawak Photoshop muke sendiri kat muke Sakurai Sho (Arashi) pastu mms and emel kat aku kasi tengok;

ayah aku yang bile dok depan TV takde bende nak tengok cakap nak tengok show Arashi yang aku donlod;

ayah aku yang bile kite tanya something, smue bende die tau, macam walking encyclopedia...



Wah, terlalu banyak nak diletak (kan ade berbillion, haha) kat sini. Tapi ape yang ade kat sini tak cukup untuk buktikan kehebatan lelaki yang bergelar ayah aku.


Happy Birthday Dad. Though I may be a bit hardheaded and stubborn at times, I have never loved you less, but have only loved you more.

http://www.cute-smiley.com
Thank you for being my Dad.



Photobucket

Sunday, August 22, 2010

Welkam To The World Baybee!!!

Alhamdulillah...

Kazenku yang paling samseng dan paling rapat dengan aku dah selamat melahirkan baby girl yang oh-gile-cumil-rambut-lebat-macam-die di Hospital Sibu pada Jemat lepas.

Hebat gile, tak sampai setaun kawen, dah dapat cahaya mata. Ni lah yang dikatakan rezeki Allah bukan? Elok la timing tu, sebab umor die pon dah over 30. Memang kene cepat erm "ambik tindakan". LOL. Ambik tindakan wth.



Ni gambar time kawen. Dah 30 dah die time nih.



And nih gambo baby die:


Alololololo cumil.




Tahniah cuz! Nanti bagi aku corrupt die dengan kesengalan aku nanti ok? XD




Photobucket

Stuff That You Ought to Know About Too... :p

Related Posts with Thumbnails